Student Inteview - June Tan

1. Nama:
June Tan
2. Negara asal:
Malaysia
3. Tempoh pelajaran Bahasa Jepun:
6 tahun lebih
4. Mengapakah anda mempelajari Bahasa Jepun?:
Mula-mulanya saya belajar Bahasa Jepun kerana kegemaran saya terhadap anime, manga dan J-drama. Sekarang saya ingin menjadi lebih fasih supaya saya berupaya tinggal dan melanjutkan pelajaran saya di Jepun
5. Apakah pendapat anda tentang pelajaran Bahasa Jepun?:
Sangat berbeza dengan bahasa dalam televisyen/manga>.< Tetapi selepas mempelajari sebab dan caranya, ia menjadi senang sekali ^_^.
6. Mengapakah anda memilih Japaneasy:
Guru di sana sangat ramah-mesra, ikhlas dan berdedikasi. Suasana kelas pun sangat menyenangkan. Tambahan lagi saya kagum bahawa guru-gurulah yang MEMBINA bilik kelas sekolah.
7. Bagaimanakah pengalaman anda di Japaneasy?:
Pelajaran di Japaneasy seronok sekali! Saya menyesal tidak menemui mereka lebih awai!
8. Your favorite Nihongo and reasons:
Ganbarimasu! Ganbaranakereba narimasen! Ganbaranai to! Ganbaranakya! Ganbaranakucha! Terdapat banyak cara untuk menyatakan perkataan ini. Perkataan ini tidak boleh diterjemah ke Bahasa Inggeris/Melayu selurus-lurusnya. Ia boleh diperkatakan kepada sendiri dan orang lain. Walaupun cara menyatakannya berlain-lainan, maksudnya sama: Berusahalah bersungguh-sungguh!